nuvafemme logo

Ilkan Radio:

Play Pause
nuvafemme facebook page

Simptom

Perlahanan Metabolisme

•  Perlahanan metabolisme lemak akan menyebabkan pengumpulan lemak terutamanya di bahagian perut, peningkatan peratusan lemak badan, peningkatan berat badan dan keletihan.

•  Perlahanan metabolisme tulang akan mengakibatkan kelemahan tulang dan otot, sakit-sakit sendi dan masalah pergigian.

Slower Fat Metabolism

Perlahanan Metabolisme Lemak

Slower Bone Metabolism
Slower Bone Metabolism
Slower Bone Metabolism

Perlahanan Metabolisme Tulang

Sistem Kemih dan Bahagian Sulit

•  Saluran kencing: Penipisan membran luar saluran kencing akan menyebabkan pundi kencing menjadi terlalu sensitif lalu menyebabkan tekanan inkontinens.

•  Kekeringan faraj: Apabila kulit bahagian sulit menjadi semakin nipis dan kehilangan keanjalan, masalah kekeringan, gatal-gatal, kerap mengalami jangkitan serta perhubungan intim yang menyakitkan akan berlaku.

Daya Ingatan dan Tekanan Emosi

Oleh kerana estrogen mengawal pelbagai fungsi otak, hormon yang tidak stabil semasa perimenopaus akan mengikbatkan simptom-simptom seperti di bawah:

•  Kelembapan daya ingatan dan perhatian: Mudah lupa, lemah daya ingatan,  kesukaran menumpukan perhatian.

•  Tekanan emosi: Kemurungan, kebimbangan, mudah marah dan tersinggung.

•  Pengawalan suhu badan yang tidak stabil: Perasaan panas mengejut, masalah sukar tidur (insomnia), sakit kepala.

Skin Signs

Simptom Kulit

Hair Signs

Simptom Rambut

Penuaan Kulit dan Rambut

•  Simptom kulit: Kekeringan, penipisan, kehilangan ketegangan kulit dan pembentukan kedutan. Mempengaruhi kulit payudara juga.

•  Simptom rambut: Folikel rambut kehilangan kekuatan menyebabkan keguguran rambut wanita manakala muka (bibir atas dan dagu) mungkin mengalami penumbuhan rambut yang tidak normal.

© 2014 Nuvanta Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara