nuvafemme logo

Ilkan Radio:

Play Pause
nuvafemme facebook page

Perubahan Perhubungan

Perubahan psikologi dialami Wanita ketika Perimenopaus

Otak wanita melalui perubahan besar ketika proses peralihan hormon sepanjang fasa perimenopaus. Hormon-hormon yang sering meminta si wanita untuk “berkomunikasi, menumpahkan kasih sayang, memelihara diri, mengelak konflik tanpa mengira sebabnya” turut mengalami perubahan.

 

Apabila sampai waktunya wanita mencapai peringkat menopaus, kecenderungan mereka untuk menjaga hati orang sekeliling akan berkurang malah mereka lebih mementingkan kepuasan diri.

Pengertian perimenopaus kepada lelaki?

Apa yang boleh dilakukan lelaki?

Seandainya terdapat isu-isu yang belum diatasi dalam perkahwinan atau perhubungan anda sehingga mengundang ketidakpuasan hati atau rasa tidak bahagia dalam diri isteri atau pasangan anda sepanjang tempoh tersebut.

 

• Sebelum perimenopaus: Dia mampu mengatasi, bertoleransi, mengendahkan dan hidup secara harmoni dalam suasana tersebut kerana dibantu keseimbangan hormon yang kondusif.

• Ketika perimenopaus: Hormon-hormon berubah dan kesannya, dia enggan berdepan isu-isu tersebut, dan mungkin mengatakan tidak lagi mampu bertoleransi demi mempertahankan keharmonian dan menyelamatkan rumah tangga.

 

Perimenopaus merupakan tempoh ketika wanita melakukan “pendefinisian dan penilaian semula” kehidupannya termasuk suami mereka.

Jadi, sekiranya anda mengesyaki bahawa isteri anda sedang melalui fasa perimenopaus dan bukan lagi wanita yang sama ketika anda mengahwini mereka, anda benar, mereka tidak lagi sama. Perubahan neurobiologi yang terjadi ketika fasa perimenopaus telah menjadikan mereka seorang wanita berbeza.

 

Inilah waktu terbaik untuk menilai semula hidup anda dan bertanya kepada diri beberapa soalan sukar:

• Adakah anda mempunyai kebarangkalian untuk mengelak daripada konflik dan tidak menyelesaikan masalah sebenar?

• Pernahkah anda memendam kata-kata hanya kerana anda merasakan ia tidak penting?

• Adakah anda telah memberikan pertimbangan secukupnya terhadap perasaan, keperluan dan keinginan isteri anda?

Namun, sekiranya anda merasakan tidak pernah melakukan perkara-perkara tersebut dan mempunyai rumah tangga yang membahagiakan, tidak salah untuk mendekati isteri anda dan mendengar masalahnya. Mungkin dia tidak bahagia, tetapi tetap bertahan mendepani masalah-masalah tersebut dengan anda.

 

Sekiranya anda sanggup untuk membantunya mengatasi masalah tersebut, justeru, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada perubahan tersebut secara positif. Proses tersebut mungkin sukar, menyakitkan dan menekan emosi, tetapi hasilnya akan menyaksikan pembaharuan suasana rumah tangga yang mungkin menjadi lebih bermakna dan membahagiakan untuk anda dan isteri.

© 2014 Nuvanta Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara