nuvafemme logo

Ilkan Radio:

Play Pause
nuvafemme facebook page

Perimenopaus

Perimenopaus merupakan transisi kompleks semula jadi yang kebiasaannya menyerang wanita dalam lingkungan usia 40-an (40-56 tahun). Transisi ini mampu memberi kesan mencecah 10 - 15 tahun sehingga wanita mencecah fasa menopaus.

 

Menerusi penjelasan hormon, perimenopaus menyaksikan perubahan ketara dalam diri wanita, lebih besar berbanding ketika tahun-tahun kematangannya.  Sewaktu perimenopaus, estrogen akan mula tidak konsisten dengan pola naik turun sepanjang tahun terbabit dalam pola menurun. Perubahan dalam kitaran haid akan terjadi pada waktu ini termasuk simptom-simptom psikologi dan vasomotor.

 

Memandangkan perimenopaus adalah permulaan kepada fasa tidak subur wanita, sistem-sistem tubuh yang berbeza akan mula menunjukkan tanda-tanda “tidak feminin” selain daripada perubahan dalam kitaran haid. Estrogen membantu mengawal lebih daripada 400 fungsi berbeza dalam tubuh wanita sekali gus menjelaskan mengapa wanita mengalami pelbagai perubahan ketika melalui proses perimenopaus.

© 2014 Nuvanta Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara