nuvafemme logo

Ilkan Radio:

Play Pause
nuvafemme facebook page

Kenali Nuvafemme®

Nuvafemme® merupakan sebatian soya isoflavon aktif bersama unsur-unsur fitoestrogen, antioksidan dan regulasi-metabolisme. Rahsia nuvafemme® terletak pada fitoestrogen-antioksidan semula jadi dipanggil genistein yang diperoleh daripada 100% isoflavon soya organik menggunakan proses penstandardan berganda.

 

Genistein pula memiliki keupayaan untuk meniru unsur-unsur estrogen menerusi cara yang selamat, terpilih dan lembut. Ketika paras estrogen rendah, genistein membantu mengisi kekosongan yang ada dan akan bersaing sesama estrogen di dalam badan apabila ia berada pada paras tinggi. Menerusi genistein, ia dapat mengawal perubahan paras estrogen yang tidak menentu di dalam badan dengan efektif.

 

Dengan nuvafemme®, setiap wanita kini mempunyai harapan baharu untuk terus menampilkan keperibadian feminin mereka bagi tempoh lebih panjang sekali gus meningkatkan kebahagiaan dan kesihatan dalam kehidupan. Ia sememangnya satu produk yang ideal buat wanita yang sedang merentasi perubahan dalam perjalanan kewanitaan terutama ketika berdepan fasa perimenopaus.

Nuvafemme

© 2014 Nuvanta Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara