English BM 中文
 
     
 
Pengenalan
 

Soalan-Soalan Lazim

Q. Apakah keunikan suplemen soya nuvafemme®?
A.
Dihasilkan daripada kacang soya yang ditanam secara organik.
Dihasilkan daripada kacang soya yang Disahkan Tidak Diubah Secara Genetik.
Bahan aktif dalam nuvafemme®, Genistein merupakan isoflavon yang dikaji secara meluas ketika ini, dengan profil keselamatan yang telah dikelaskan sebagai GRAS oleh US Federal Drug Administration (FDA).
Bahan aktif dalam nuvafemme®, Genistein, diekstrak menggunakan teknologi ‘Pemiawaian Dua Kali’, di mana tahap isoflavon yang konsisten (35mg) dan disahkan aktif terkandung dalam setiap kelompok produk.
Pengilang berstatus GMP – kilang yang telah diiktiraf mematuhi kriteria GMP, yang bererti kilang itu memiliki segala kemudahan, kakitangan bertauliah dan Prosedur Operasi Standard untuk memastikan produk dihasilkan mengikut standard kawalan kualiti paling ketat.
   
Q. Saya pernah terbaca bahawa isoflavon yang berasal daripada soya boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan uterus. Adakah ini benar?
A.

Ini TIDAK BENAR SAMA SEKALI bagi nuvafemme® kerana produk ini dihasilkan menggunakan teknologi ‘Pemiawaian Dua Kali (Double Standardization)’ semasa mengekstrak, menulen, dan membekal secara berterusan 20 mg dalam setiap dos isoflavon Genistein. Tambahan pula, Genistein/Diadzein merupakan isoflavon yang dikaji secara meluas ketika ini, dengan profil keselamatan yang telah dikelaskan sebagai GRAS oleh US Federal Drug Administration (FDA).

Komponen isoflavon soya LAIN mungkin mengakibatkan kanser payudara dan uterus. Bagaimana pun, teknologi ‘Pemiawaian Dua Kali (Double Standardization)’ dapat menyaring bahan-bahan ini dengan berkesan.

   
Q. Patutkah saya mengambil nuvafemme® ?
A. nuvafemme® lazimnya sesuai untuk wanita berumur 15 tahun dan ke atas yang inginkan kulit cantik berseri dan payudara yang lebih besar dan pejal.
   
Q. Apakah Isoflavon?Apakah Genistein?
A.

Isoflavon soya merujuk kepada satu kumpulan sebatian yang diekstrak daripada soya. Isoflavon yang utama ialah Genistein, yang lebih dikenali sebagai 'fitoestrogen' di kalangan ahli-ahli sains.

Perkataan 'fitoestrogen' berasal daripada 'fito' yang bermaksud 'tumbuhan' dan hormon wanita, estrogen. Ini memperlihatkan keupayaan Genistein untuk meniru tindakan hormon wanita secara semula jadi. Genistein, adalah serupa secara kimia kepada hormon wanita estrogen dan persamaan ini membolehkannya “melicinkan” sebarang ketidakseimbangan estrogen dalam badan yang berkemungkinan menimbulkan masalah kesihatan.

   
Q.

Adakah nuvafemme® merupakan dadah?

A. Tidak. nuvafemme® bukan satu dadah. Produk ini diekstrak daripada soya Organik bukan-GMO dan menggunakan teknologi ‘Pemiawaian Dua Kali’ bagi memastikan kuantiti yang konsisten dan keberkesanan yang unggul. Setiap pil Nuvafemme dijamin mengandungi 20mg Genistein.
   
Q. Apakah maksudnya Bukan-GMO ?
A.

GMO bermaksud 'Genetically Modified Organism' ('Organisma yang diubah secara genetik'). Ini bermakna bahawa DNA organisma itu (misalnya, buah, haiwan dan sayur) telah diubah. '' Oleh kerana kita masih belum mengetahui kesan jangka panjang makanan yang diubah secara genetik terhadap kesihatan, maka adalah baik sekiranya kita mengelak daripada mengambil makanan tersebut.

Di Nuvaceuticals, kami yakin dapat memberikan anda produk yang paling baik dan paling selamat. Maka, kami memilih untuk hanya menggunakan kacang soya Non-GMO sebagai sumber Genistein.

   
Q. Pernahkah nuvafemme® diuji untuk keselamatan dan kejituannya?
A. Ya. Terdapat banyak kajian dan bukti yang menyokong keselamatan Genistein. Kebelakangan ini, Japanese Office of Food Safety Commission telah membuat kenyataan bahawa pengguna boleh mengambil 70-75 mg isoflavon setiap hari sebagai makanan tambahan. Suruhanjaya ini juga menyatakan bahawa pengambilan melebihi tahap maksimum ini tidak akan sekali-kali memudaratkan kesihatan anda.
   
Q. Berapakah harga nuvafemme® ?
A. nuvafemme® djual pada harga RM 108.00 untuk satu pek yang mengandungi 50 biji pil.
 
 
 
Copyright © 2008 NUVANTA Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Web Design by Justsimple